Jumaat, 20 November 2009

ORIGINAL OR EDIT (Hanya Pendapat)
Apabila kita mempunyai sebuah kamera DSLR kita rasa kita seperti dah cukup ilmu dalam hal atau selok belok kamera. Ada sesetengah beranggapan dengan berbekalkan sebuah kamera DSLR sudah boleh menjadi seorang jurugambar. Namun hasilnya belum pasti dapat memuaskan hati pelanggan. Apa yang dilakukan ialah selepas mengambil gambar biasanya gambar-gambar tersebut akan dipilih untuk memilih yang terbaik. Selepas itu proses touch up akan dilakukan untuk memperhalusi dengan menggunakan perisian tertentu.
Pada hati pelanggan mereka memang berpuas hati dengan hasil kerja kita walaupun dengan sedikit pengubahsuaian.
Tapi adakah hati kita cukup puas apabila setiap gambar yang diambil perlu diedit terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada orang lain?
Sampai bila kita harus bengantung kepada perisian-perisian ini?
Sewaktu saya menggunakan kamera format filem di mana NIKON F40 menjadi peneman saya, tak pernah terfikir untuk mengedit gambar pun pada waktu itu. Walaupun pada masa itu saya sedang menuntut dalam bidang ART & DESIGN (MULTIMEDIA) di salah sebuah Universiti tempatan.
Pada masa itu hanya cara set kamera yang perlu dititik beratkan.
Di sini saya ingin berkongsi kepada mereka yang baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang fotografi ini. Bagaimana untuk mendapatkan gambar yang baik dengan menggunakan setting kamera asas (hanya pendapat).

Expose Mode : Aperture atau Shutter Priority
(manual sekiranya sudah mahir dalam settting yang dicadangkan
Release Mode : Single Frame
Fokus Mode : AF-C
AF-Area Mode : Single Point
Point Selection : Manual
Metering Mode :Multi/
White Balance : Pre Set/Manual
Iso Setting : 100-200 (sekiranya boleh)

Tambah untuk DSLR - Picture Quality : JPEG/HIGH & LARGE
Picture Control : Standard or vivid


Maaf sekiranya pendapat saya ini menyinggung mana-mana pelawat. Apapun tujuan saya menghasilkan blog ini adalah untuk bertukarpandangan dan pendapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut