Isnin, 30 November 2009

Mengedit Gambar Mengikut Ala-ala Dave Hill Style



Menggunakankan PS tak kisah lah vervi berepa pun asalkan PS.
Di sini saya ingin berkongsikan cara2 bagaimana mengedit gambar menggunakan PS ditambah dengan TOPAZLAB-Plug In (TOPAZ Adjust). Ini hanyalah panduan asas sahaja, sekiranya cadangan yang diberikan terdapat kekurangan mohon maaf terlebih dahulu.

1. cari mana2 gambar yang anda suke je yang tak suke klu tak yang anda suke, takpe jgn sedih gunakan pic yang saya bagi ni.
2. buka PS dan pilih fail yang nak diedit.
3. bila dah buka tutup balik takut org nampak........ ha! ha! ha! (acah je)
4. gi filter kemudian pilih topazlab - topaz adjust (klu takde download pada http//www.topazlab.com (trial)
5. pada menu Exposure set seperti ini :
adaptive exposure - 0.52
regions - 4
contrast - 1.1
brightness - 0
highlight - 0.02
shadow - 0.02
6. pada menu Detail
strenght - 2
Boost - 2
Threshold - 2
Radius - 25
Sharpen - 2
tandakan pada kotak process details independent of exposure

7. pada menu Colour
ubah pada saturation sahaja - 0.93

8. pada menu Noise
suppression - 0.3
amount - 0.05
tandakan pada kotak use Topaz DeNoise

CONTOH LAIN

Jumaat, 20 November 2009

ORIGINAL OR EDIT (Hanya Pendapat)
Apabila kita mempunyai sebuah kamera DSLR kita rasa kita seperti dah cukup ilmu dalam hal atau selok belok kamera. Ada sesetengah beranggapan dengan berbekalkan sebuah kamera DSLR sudah boleh menjadi seorang jurugambar. Namun hasilnya belum pasti dapat memuaskan hati pelanggan. Apa yang dilakukan ialah selepas mengambil gambar biasanya gambar-gambar tersebut akan dipilih untuk memilih yang terbaik. Selepas itu proses touch up akan dilakukan untuk memperhalusi dengan menggunakan perisian tertentu.
Pada hati pelanggan mereka memang berpuas hati dengan hasil kerja kita walaupun dengan sedikit pengubahsuaian.
Tapi adakah hati kita cukup puas apabila setiap gambar yang diambil perlu diedit terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada orang lain?
Sampai bila kita harus bengantung kepada perisian-perisian ini?
Sewaktu saya menggunakan kamera format filem di mana NIKON F40 menjadi peneman saya, tak pernah terfikir untuk mengedit gambar pun pada waktu itu. Walaupun pada masa itu saya sedang menuntut dalam bidang ART & DESIGN (MULTIMEDIA) di salah sebuah Universiti tempatan.
Pada masa itu hanya cara set kamera yang perlu dititik beratkan.
Di sini saya ingin berkongsi kepada mereka yang baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang fotografi ini. Bagaimana untuk mendapatkan gambar yang baik dengan menggunakan setting kamera asas (hanya pendapat).

Expose Mode : Aperture atau Shutter Priority
(manual sekiranya sudah mahir dalam settting yang dicadangkan
Release Mode : Single Frame
Fokus Mode : AF-C
AF-Area Mode : Single Point
Point Selection : Manual
Metering Mode :Multi/
White Balance : Pre Set/Manual
Iso Setting : 100-200 (sekiranya boleh)

Tambah untuk DSLR - Picture Quality : JPEG/HIGH & LARGE
Picture Control : Standard or vivid


Maaf sekiranya pendapat saya ini menyinggung mana-mana pelawat. Apapun tujuan saya menghasilkan blog ini adalah untuk bertukarpandangan dan pendapat.

Selasa, 17 November 2009

Creative Style

Salah satu mercu tanda bandaraya Kolumpo.
Ayam. Ikon bagi salah sebuah bandar di Pahang.

Gambar-gambar ini diedit untuk tujuan seronok-seronok je, pasal baru je jumpa teknik nak menukar gambar, mujurla sekarang baru jumpa. Kalau jumpa time study dulu sure ada yang nak. Agak2 siapala yang nak? Ayat dia biasa akan dengar "ADA LEBIH TAK?".....
arr............. ayat sapa tu?

Ini pic my baby, my 1st try klu tanya apa setting dia sure aku sendiri pun tak ingat.









Ahad, 15 November 2009

MY Family







Sepetang di stesen keretapi Mentakab. Asalnya nak bwk anak2 g minum petang lepas ambik gambar dia orang, tapi ...., ada lak yang nak tunggu sampai keretapi sampai. Agak2nya bila la keretapi ni sampai. Pernah tak terpikir nak naik keretapi dari sini ke Kampung aku di K. Lumpur, agak2 korang berapa lama la agaknya baru boleh sampai ke KL.

Pengikut