Khamis, 24 Disember 2009

Hai.....wan....
















Pic2 ni aku ambik waktu g mini zoo kat KL Tower, nak g zoo mahal sgt. So g la mini zoo bwk anak2 aku. Tapi dia org boring la pulak, pasal kecik & tak byk haiwan kat sana elephant, tiger takde (mini zoo la katakan), aku buat tak dengar je dia org merungut, mujurla ada omputeh bg anak aku tiket utk dia org naik kude.

Isnin, 30 November 2009

Mengedit Gambar Mengikut Ala-ala Dave Hill Style



Menggunakankan PS tak kisah lah vervi berepa pun asalkan PS.
Di sini saya ingin berkongsikan cara2 bagaimana mengedit gambar menggunakan PS ditambah dengan TOPAZLAB-Plug In (TOPAZ Adjust). Ini hanyalah panduan asas sahaja, sekiranya cadangan yang diberikan terdapat kekurangan mohon maaf terlebih dahulu.

1. cari mana2 gambar yang anda suke je yang tak suke klu tak yang anda suke, takpe jgn sedih gunakan pic yang saya bagi ni.
2. buka PS dan pilih fail yang nak diedit.
3. bila dah buka tutup balik takut org nampak........ ha! ha! ha! (acah je)
4. gi filter kemudian pilih topazlab - topaz adjust (klu takde download pada http//www.topazlab.com (trial)
5. pada menu Exposure set seperti ini :
adaptive exposure - 0.52
regions - 4
contrast - 1.1
brightness - 0
highlight - 0.02
shadow - 0.02
6. pada menu Detail
strenght - 2
Boost - 2
Threshold - 2
Radius - 25
Sharpen - 2
tandakan pada kotak process details independent of exposure

7. pada menu Colour
ubah pada saturation sahaja - 0.93

8. pada menu Noise
suppression - 0.3
amount - 0.05
tandakan pada kotak use Topaz DeNoise

CONTOH LAIN

Jumaat, 20 November 2009

ORIGINAL OR EDIT (Hanya Pendapat)
Apabila kita mempunyai sebuah kamera DSLR kita rasa kita seperti dah cukup ilmu dalam hal atau selok belok kamera. Ada sesetengah beranggapan dengan berbekalkan sebuah kamera DSLR sudah boleh menjadi seorang jurugambar. Namun hasilnya belum pasti dapat memuaskan hati pelanggan. Apa yang dilakukan ialah selepas mengambil gambar biasanya gambar-gambar tersebut akan dipilih untuk memilih yang terbaik. Selepas itu proses touch up akan dilakukan untuk memperhalusi dengan menggunakan perisian tertentu.
Pada hati pelanggan mereka memang berpuas hati dengan hasil kerja kita walaupun dengan sedikit pengubahsuaian.
Tapi adakah hati kita cukup puas apabila setiap gambar yang diambil perlu diedit terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada orang lain?
Sampai bila kita harus bengantung kepada perisian-perisian ini?
Sewaktu saya menggunakan kamera format filem di mana NIKON F40 menjadi peneman saya, tak pernah terfikir untuk mengedit gambar pun pada waktu itu. Walaupun pada masa itu saya sedang menuntut dalam bidang ART & DESIGN (MULTIMEDIA) di salah sebuah Universiti tempatan.
Pada masa itu hanya cara set kamera yang perlu dititik beratkan.
Di sini saya ingin berkongsi kepada mereka yang baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang fotografi ini. Bagaimana untuk mendapatkan gambar yang baik dengan menggunakan setting kamera asas (hanya pendapat).

Expose Mode : Aperture atau Shutter Priority
(manual sekiranya sudah mahir dalam settting yang dicadangkan
Release Mode : Single Frame
Fokus Mode : AF-C
AF-Area Mode : Single Point
Point Selection : Manual
Metering Mode :Multi/
White Balance : Pre Set/Manual
Iso Setting : 100-200 (sekiranya boleh)

Tambah untuk DSLR - Picture Quality : JPEG/HIGH & LARGE
Picture Control : Standard or vivid


Maaf sekiranya pendapat saya ini menyinggung mana-mana pelawat. Apapun tujuan saya menghasilkan blog ini adalah untuk bertukarpandangan dan pendapat.

Selasa, 17 November 2009

Creative Style

Salah satu mercu tanda bandaraya Kolumpo.
Ayam. Ikon bagi salah sebuah bandar di Pahang.

Gambar-gambar ini diedit untuk tujuan seronok-seronok je, pasal baru je jumpa teknik nak menukar gambar, mujurla sekarang baru jumpa. Kalau jumpa time study dulu sure ada yang nak. Agak2 siapala yang nak? Ayat dia biasa akan dengar "ADA LEBIH TAK?".....
arr............. ayat sapa tu?

Ini pic my baby, my 1st try klu tanya apa setting dia sure aku sendiri pun tak ingat.









Ahad, 15 November 2009

MY Family







Sepetang di stesen keretapi Mentakab. Asalnya nak bwk anak2 g minum petang lepas ambik gambar dia orang, tapi ...., ada lak yang nak tunggu sampai keretapi sampai. Agak2nya bila la keretapi ni sampai. Pernah tak terpikir nak naik keretapi dari sini ke Kampung aku di K. Lumpur, agak2 korang berapa lama la agaknya baru boleh sampai ke KL.

Khamis, 29 Oktober 2009

Temerloh Ke?

Emm........ diam2 je dah dekat 3 tahun dah aku mengajar kat Pahang ini. Apa pun aku takkan lupa sekolah mula-mula aku posting dulu, kepada member2 lama kalau masih kenal aku, aku ucapkan terima kasih atas ingatan kalian yang masih belum hilang tu.
Kalau hilang ingatan tu bahaya....
...................
Inilah antara orang kuat di Taman Semantan. Kenal tak?

Cantik tak? Inilah mercu tanda bandar Temerloh, yg confirm takde kat tempat lain.


Buat masa skrg ni harga ikan patin ni masih di paras harga sungai lagi. Pasal ikan ni tak termasuk dalam harga syiling.

Rabu, 28 Oktober 2009

Putra Putri KU

NURUL ADLYNN SUFIE

MUHAMMAD ANIQ SAUFI

NURUL ADRIANA SUFIE

Inilah semua buah hati pengarang jantung hati aku dan isteri. Cucu-cucu atuk2, nenek & wan dia orang.


Jenjalan



Dulu waktu duduk kat Kolompo asal kuar rumah je sure nampak banggunan ni. Sekarang ni lak asal nak gi keje je hanya pokok sawit je yang jadi teman.
Tapi best gak pasal susah pulak nak kena trafik jam.

Shah & Zee (Mentakab)






Diyana (Cheras)





My Group (G5B)

Inilah kenangan aku bersama-sama rakan sekuliah sewaktu di UiTM (Multimedia Interaktif)

Pengikut